Juz About Me

Tuesday, March 31, 2009

elleidabread???

Anda semua mesti tertanya-tanya mengapa blog ini bernama elleidabread. Sebenarnya saya adalah penggemar roti yang paling setia. serah sahaja apa-apa roti tentu habis dalam sepuluh kelip mata. hehe..

Dek kerana minat sangat dengan roti saya pernah berangan-angan nak buka kedai roti. Tapi tengoklah dulu sebab sekarang saya tengah melanjutkan pelajaran di ....

Jadi buat setakat ini harapan masih terkubur diminda saya.. Sedihnya... Bersabar akan ada suatu saat cita-citaku tercapai. Jika ada sesiapa yang membuka kedai kek silalah singgah ke blog saya. Saya akan mempromosikan kedai anda melalui blog saya hehehe.. 'Anything about bread i love it'

Monday, March 30, 2009

little leida konflik

hello semua.. Mesti kita semua akan terkenang zaman kanak-kanak kita. Semuanya seronok dan menyeronokkan. Tiada masalah, konflik, pertikaian, yang ada hanya kegembiraan.

Makin aku dewasa makin banyak konflik yang saya hadapi. Kadang-kadang bukan aku yang hadapi tapi terkena juga tempiasnya. Alangkah bahagianya jika kita tidak membesar dan sentiasa kecil dan ceria.

Tapi apakan daya setiap yang kecil akan membesar, setiap yang hidup pasti mati. Anggap sahaja la konflik itu sebagai satu wadah permainan yang mana ia akan menjadi ujian hidup di dunia.. Apa pun saya akan sentiasa terkenang zaman kanak-kanak aku..

Di sini aku selitkan Tips Menghadapi Stress :

1) Tidur

2) Urutan
3) Ketawa
4) Ekspresi Diri
5) Berjalan-jalan
6) Berdoa

dinner



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya bukan nak perdagangkan gambar tapi hanya nak mempromosikan hotel vistana penang yang telah beberapa kali saya jelajahi. apa yang menarik di sini adalah makanan yang sedap hingga menjilat makanan tersebut dan bukannya jari seperti stereotaip pemikiran anda semua. Perlu diingatkan mungkin tidak semua makanan di sini sedap ada sesetengahnya sahaja. Senang2 anda datanglah mencuba makanan yang disediakan..

internship aku

Media prima??? Siapa yang tidak kenal.. Saya bakal dicampakkan ke lembah media yang dipanggil "media prima".. Takutnya diri ini akan dibuli di ladang glamour.. Itu semua akan saya jadikan pengalaman yang mutlak dalam kotak fikiran saya. Mungkin ada sesuatu yang berbeza akan saya pelajari. Jadi saya harus mempersiapkan diri untuk menempuh alam pekerjaan. 'Just a training'

Sunday, March 29, 2009

Iklan 2 : Aku Pelukis

Hai bertemu kembali kita di segmen iklan bersama elle. Saya terjumpa satu blog yang agak menarik buat tatapan peminat lukisan atau pelukis tempatan.. Lukisan dia memang menarik dan penuh dengan keunikan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Lihat sendiri dan rasai bakat anak muda ini. Nama komersial dia MEGAT EUSOFE.. Nama sebenar dia anda bolehlah lihat blog dia http://www.megateusofe.blogspot.com/

Thursday, March 19, 2009

Cake

LOVE CAKE??? Sudah pasti ramai yang menggemari kek tidak kira kek coklat, keju atau apa-apa yang dipanggil kek. Sebenarnya saya kena buat majalah tentang kek. Jadi terpaksa la cari apa-apa bahan berkenaan kek. Jika anda mempunyai resepi yang menarik dan gambar menarik berkenaan kek boleh la hantar ke alamat emel saya blitz8_leida@yahoo.com

maaf rakan-rakan kek ini kek kontroversi.. saya cuma nak anda sedar ada makna tersirat pada kek ini lagi-lagi kaum wanita.

Friday, March 6, 2009

jejak kakiku ke queensbay n tesco

Malam tadi saya g queensbay kononny nak beli present 4 jejak bestari.. tup2 shopping tuk diri sendiri.. haha.. dek tak nak kena marah ngn YDP Restu saya pn g la beli hadiah kt tesco.. murah la katakan hahaha.. akhrnya penat tp puas keje dh selesai..

maaf la kengkawan saya xda isu nk dibangkitkan awal2 ni...

Wednesday, March 4, 2009

Iklan 1 : boonga shoes









hello sume... i'm a new blogger.

semalam aku baca paper jumpe la sesuatu yang unik..
aku jmpe kasut yang comey..
comey giler...
korang yang minat benda2 comey leh lawat lawati
http://www.boongashoes.blogspot.com/