Juz About Me

Sunday, April 25, 2010

Goda, mengoda, tergoda

salam semuanyerrrrrr

entry kali ini adalah entri merepek2... tajuknye GODA... MySpace

Goda selalunya dikaitkan dengan perempuan dan tentunya seksi.. Tetapi ada je perempuan yang tak seksi tapi pndai menggoda. Cmna tuh??? (Renung2kan dan selamat beramal) <--- tiru2.. Kenapa mesti kaum hawa yang disabitkan dengan GODA??? Kaum adam cmna plak?? xkan juz terGODA je??? Kaum adam pun ada juga yang menggoda.

pic ini digoogle je.. sekadar hiasan

Sebenarnya tidak kira lelaki atau wanita, perasaan ingin mengGODA ini wujud pada kedua-dua gender.
GODA ini baik untuk kesihatan (apakah???) sekiranya ia dilakukan kepada pasangan yang sah (diyakini sah sebagai pasangan suami isteri dan...............)MySpace

Tapi akan jadi lebih sengsara ( di akhirat kelak) sekiranya ia dilakukan dengan jayanya ( sentuh menyentuh) kepada pasangan yang belum berkahwin..MySpace

Jadi adakah anda ingin jadi penggoda atau digoda atau juz tergoda???

Untuk aku lak jangan goda saya, jangan goda saya, jangan goda saya hahahaha

by elle

Beday GURLZZZZ

Salam 1 leida.......

SHAH ALAM : Satu jamuan hari lahir seorang ibu beranak 3 telah diadakan di kediaman beliau di Seksyen 8 kira-kira jam 11 malam tadi.

Noraini Kostor menyambut hari lahir ke 46 tahun bersama seorang anak gendutnya Amierul Izzuden, ibunya Rokiah Kasidi, adik-adiknya dan anak saudaranya.

Menurut Noraini, beliau amat-amat gembira dengan jamuan yang diadakan ini.MySpace

"Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dipanjangkan umur dan dilimpahi rezeki yang ada dan ko ni leida ngengada plak.. acik sepak ko karang," kata beliau. MySpace

Pelbagai makanan disediakan bagi memeriahkan suasana. Antaranya, kek secret recipe cappocino cheese, pizza hut (hawaiian chicken, masalla), yong tau fu dan jagung. MySpace

Saksikan paparan majlis yang sempat disnap...

keknye

sibuk je aiman ni

anak pn. noraini

aksi2 mereka



sekian berita terkini salam hormat....

by leida

Friday, April 23, 2010

Saya tak salah

Salam...

Emm entry kali ini nk cerita pasal budak yang malas nak buka buku.. Dah la malas nak buka buka... Baca apatah lagi hukhuk.. Masalah utama yang melanda budak ini adalah

1) MALAS

2) TV

3) INTERNET

Budak ini bercakap " ala nak wat cmna TV tu asyik melambai-lambai tangan dia, suruh saya tengok dia. Bukan takat lambai2 siap merintih dan merayu.. Tak tengok kesian plak kat TV tu," kata budak malas hehe MySpace

Apakah langkah-langkah proaktif yang patut diambil bagi membolehkan budak ini menelaah buku pelajarannya???

1) Tekadkan pada diri untuk study MySpace
..... mampukah???
2) Buang TV MySpace
.....
perlu ke nak buang.. nanti cmna nak tengok Tv hukhukhuk

3) Buang Berukband a.k.a Broadband
..... arrrrrrr tidakkkkkk MySpace

Langkah-langkah d atas satu pun tak diikuti oleh budak ini..
Sebaliknya dia terus leka.. hahahhaa
Budak ni terus-terusan menyalahkan TV n berukband yang sentiasa menemani beliau...

P/s Jangan jadi macam budak ni

by elle a.k.a leida

Thursday, April 22, 2010

Cantik itu INDAH

Salam semua.........
Study weeks yang terakhir ini aku berpeluang cuti2 Malaysia.. Dek kerana tiada bajet yang kukuh a.k.a kawan yang ajak kita ON sajo perjalanan percutian kita...

Percutian kali ini di I-city yang santek. Ist time aku jejakkan kaki ku di bumi I-city... Tatkala itu terasa bagaikan berada di Taman Cahaya.. keindahannya ckup memukau pandanganku..

Apa lagi bagi yang giler snap pic aku dengan jayanya snap la pic even hp buruk je yg ada hukhuk..

Letih gak layan kawan aku dok snap sana snap sini.. Ko redha jela dapat kawan yang giler gambo cam aku hahaha...

I-city
ni dibuka pada setiap hari, dari jam 7 sampai la malam.. Masuk adalah percuma. Tapi pak guard kat sini garang wo.. korang jangan men2 masuk kawasan larangan kalau tak Priiiiiiiiiiiiiiittttttttttt.. Sakit telinga aku dengar bunyi wisel die hukhuk..

Yang aku tau terdapat beberapa kawasan yang menjadi tumpuan ramai... Antaranya

kawasan taman

kawasan ais beku

kawasan pokok Xmas

Jadi jangan lepaskan peluang untuk cuti2 Malaysia.. Macam2 ada hahaha...

by elle

Perjalanan hidup di USM..

Salam...
Buka mata tutup mata dah 3 tahun aku hidup bergelar pelajar USM,,, terasa bagai semalam aku melangkah ke USM..

Lepas ni pastinya aku akan merindui suasana kehidupan kampus.. Walau pahit ku telan jua, walau manis ku isap jua, walau payau sah2 la uwek2.. hahaha...

Segala memori indah, perit dan sederhana aku lalui dengan jayanya.. jayakah??? xpela nak sedih wat pe kan semuanye dah berakhir... biarlah semua kenangan ini hanya tertinggal di USM..

Ini pic2 yg sempat di snapkan selama berada di USM..

1ST Year

2ND Year

3RD Year


by elle



Wednesday, April 21, 2010

Hero la sangat


Salam....

Rasa-rasanya dh lama aku x mengupdate blog ni... Nak ku katakan busy, bolehlah, nak ku katakan tak busy pun bolehlah.. Pendek kata malas hahaha...

Buat masa sekarang aku sedang menghabiskan sisa-sisa hidupku di rumah hehehe.. Kononnya balik rumah mahu menstudykan diri, tapinya tengok TV jela kan.. Tak pun menginternetkan diri.. Entah bilanya nak study aku pun tak tau... Mentang2 1 paper je.. Mula la rasa selesa yang teramat sangat... hukhuk..

Sekarang ini nak mengupdatekan blog usangku ini.. Apa yang nak diceritakan... kisah gigihku menjadi penyelamat kepada kereta Myvi SE oren mak cikku..

Sedap2 aku tido, tetibe telinga ini memerangkap satu bunyi... (xtau bunyi apa) tapi bunyi ini dah cukup untuk buat aku terjaga.. Apa lagi,,, menjenguk2 n mengeluarkan kepala ke tingkat dan melihat sesuatu yang ganjil bagiku telah berlaku. Apakah???

Siapa dia?? Asal dia basuh kereta acik pagi2 buta ini (4 am) ?? Aku melihat dalam kesamaran malam, seorang lelaki gigih berusaha menyental kereta acikku..

Klu korang la apa korang fikir??? 4 pagi basuh kete, kete orang plak tu,,, pelik??? hairan??? or lantak dia la nak buat keje amal?? or dia nk hapuskan bukti jenayah yang dilakukan???

Apa yang aku fikirkan tatkala itu, dia nak hapuskan bukti jenayah yang dilakukan.. Aku pun apa lagi, kes menarik ini, klu dapat cekup dia tak ke hero namanya.. Wah vangga... Berangan aku jadi hero..

Tanpa was2 aku terus sahaja mendail nombor acikku ( takkan nak ketuk blik dia kul 4 pagi, privacy).. dialognye..

leida : acik nape ada orang basuh kete acik pepagi buta ni..
acik : oww memang la, acik bayar every month tuk servis cuci kete 2...
leida : la yeke
acik : cepatnye ko bangun
leida : terjaga bunyi bising

pap.... letak tepon...

hukhukhuk hampanya nak jadi hero... last2 aku plak yang kena... emmm apa lagi sambung jela tido.. nak gelak pun ada nak nangis pun ada..

p/s : jangan terlebih berangan hukhuk

Myvi Oren Pn. Ima

by leida