Juz About Me

Wednesday, December 2, 2009

akhirnya ikan ku bersalin juga...

katrina dah bersalin.. seronoknya.. sekarang nak tunggu nur amina bersalin plak,,, perut dah buncit tu... akhirnya adam jadi bapak juga.. aku lak over lebihkan,,

Sebenarnya ada 4 ekor ikan lg 1 nama die aidil,,, tp ikan ni dah mati huhu sekarang tinggal adam, katrina dan nur amina..

Anak die tak tau la aku berapa kan tapi yg aku kire2 ada 12 ekor,, wah baka baik ni,, seronok tgk ikan berenang2 ah,, hehehe,,

Aku pernah mengimpikan rumah di dasar lautan,, boleh menikmati keindahan dsar laut,, tapi bile tsunami datang nasib la kan,, mati terkangkang la dlam tu,,

ini la ank2 katrina n adam kecik je hitam2 lak tu

ni la mak bapak anak2 ikan tu,,


Renungan>>> korang pernah dgr tak nama ikan sebelah laut?? @ ikan sisa nabi?? @ lbh sintifiknya Pseudorhombus spp. / Achiroides spp. Ikan ni tergolong dlam ikan air masin n tawar. Ikan ni boleh didapati di negara ASEAN.

Sejarahnya ikan sebelah ini dikatakan dari sisa Nabi Sulaiman a.s tidak sempat menghabiskan ikan tersebut,, lalu baginda melepaskan semula ikan tersebut ke laut. Dengan kehendak Allah ikan tersebut yang hanya sebelah bdan dan mata hidup semula dan berenang kembali kelautan.

Ini adalah ikhtibar tentang wujudnya ikan sebelah dan bukti kekuasaan Allah,, kerana sehingga kini ikan sebelah sememangnya wujud..


~~~waallahualam~~~


by leida

Tuesday, December 1, 2009

SEMPOI COOKING

Hari ini nk hari sebelumnya sama saja.. Nak mkan kena la masakkan.. dengan kepakaran yang sedia ada ni aku pun memulakan langkah ke dapur untuk memasak..

Actually aku tak lah pro mana pun memasak a.k.a tak reti masak pun.. Tp dek sebab aku kebuluran maka mahu
atau tak aku kene la masakkan.. Aku memang tak suke makan kat kedai2 ni.. banyak ajinomoto..

Pada aku telur goreng sendiri pun dah kire sedap sangatlah rather than makan luar..
Jadi untuk hari ini aku ada 2 resepi yang nak dikongsi bersama korang. Menunya udang bersambal cincai boncai yang kedua sayur goreng manja2 je.


Cara memasak Udang Bersambal Cincai Boncai

Bahan2 :
A
bawang merah
bawang putih

cili merah / hijau

garam

B
udang

Cara2 memasak :
1)Tumbuk dengan mesra dan berhemah bahan A (klu utk mulut yg ramai kite perlu menggunakan pengisar, klu tak jenuh nak tumbuk, dlam situsai aku, aku tak tau la mana letakknya pengisar huhuhu)
2) Sila la panaskan minyak di kuali
3) Agak2 dah pns masukkan bahan A n gaul dengan jayanya serta sopan santun
4) Bila bahan A dah jd kawan karib masukkan la udang kedalamnya
5) Sedia untuk dihidangkan n dingap.


Cara2 memasak Sayur Goreng Manja2 Je
Bahan2 :
A
bawang merah
bawang putih
garam
ikan bilis

B
sawi
lobak merah
tomato

Cara2 memasak :
1) Bahan A korang masuk dalam lesung batu n tumbuk
2) Panaskan kuali n minyaknye jgn lupa lak
3) Dah agak2 panas tu masukkan bahan A tadi n gaulkan mereka hingga mesra n gumbira didalm kuali dengan erti kata lain sehingga wangi la hehehe
4) Dek kerana lobak tu keras korang masukkan lobak dulu la nk bg die lemah lembut (tak la patah gigi nak mkan) + masukkan air biar cepat lembut hehe
5) last masuk la sayur2 lain..
6) sedia dihidangkan