Juz About Me

Tuesday, December 1, 2009

SEMPOI COOKING

Hari ini nk hari sebelumnya sama saja.. Nak mkan kena la masakkan.. dengan kepakaran yang sedia ada ni aku pun memulakan langkah ke dapur untuk memasak..

Actually aku tak lah pro mana pun memasak a.k.a tak reti masak pun.. Tp dek sebab aku kebuluran maka mahu
atau tak aku kene la masakkan.. Aku memang tak suke makan kat kedai2 ni.. banyak ajinomoto..

Pada aku telur goreng sendiri pun dah kire sedap sangatlah rather than makan luar..
Jadi untuk hari ini aku ada 2 resepi yang nak dikongsi bersama korang. Menunya udang bersambal cincai boncai yang kedua sayur goreng manja2 je.


Cara memasak Udang Bersambal Cincai Boncai

Bahan2 :
A
bawang merah
bawang putih

cili merah / hijau

garam

B
udang

Cara2 memasak :
1)Tumbuk dengan mesra dan berhemah bahan A (klu utk mulut yg ramai kite perlu menggunakan pengisar, klu tak jenuh nak tumbuk, dlam situsai aku, aku tak tau la mana letakknya pengisar huhuhu)
2) Sila la panaskan minyak di kuali
3) Agak2 dah pns masukkan bahan A n gaul dengan jayanya serta sopan santun
4) Bila bahan A dah jd kawan karib masukkan la udang kedalamnya
5) Sedia untuk dihidangkan n dingap.


Cara2 memasak Sayur Goreng Manja2 Je
Bahan2 :
A
bawang merah
bawang putih
garam
ikan bilis

B
sawi
lobak merah
tomato

Cara2 memasak :
1) Bahan A korang masuk dalam lesung batu n tumbuk
2) Panaskan kuali n minyaknye jgn lupa lak
3) Dah agak2 panas tu masukkan bahan A tadi n gaulkan mereka hingga mesra n gumbira didalm kuali dengan erti kata lain sehingga wangi la hehehe
4) Dek kerana lobak tu keras korang masukkan lobak dulu la nk bg die lemah lembut (tak la patah gigi nak mkan) + masukkan air biar cepat lembut hehe
5) last masuk la sayur2 lain..
6) sedia dihidangkan

No comments:

Post a Comment