Juz About Me

Wednesday, August 5, 2009

kecelaruan gender

Kecelaruan gender

Penyaringan MRI boleh menentukan ia semula jadi dan bukan dibuat-buat individu

DISFORIA Gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya.

Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya.

Mengikut kajian Prof Louis Gooren, kemungkinan fenomena transeksualisme berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki manakala satu transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan.

Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina. Dia akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.

Secara tersembunyi, dia akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin.

Dia akan berasa perubahan dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga berasa tertekan. Kepada yang dapat mengawal kehendak diri, mereka akan ikut haluan masyarakat.

Namun, bagi yang lebih mengikut kehendak diri, mereka akan melakukan apa juga yang difikirkan sesuai untuk menikmati naluri mereka seperti berpakaian dan mendapat rawatan yang dapat mendekatkan mereka kepada jantina diidamkan.

Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan mereka sehingga kadangkala boleh mendatangkan kesusahan kepada mereka.

Mereka yang berasa tertekan dan tidak dapat mengawal diri tidak akan teragak-agak mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh diri akibat kekecewaan.

Mengenali identiti diri dan fenomena transeksualisme

Pengenalan mengenai jantina seseorang satu proses yang dinamik dan tertakluk kepada baka penentuan jantina dengan ‘sex chromosomes’ XX untuk perempuan dan XY untuk lelaki, hormon testosterone dan ‘anti-mullerian hormon’.

Selain itu, ia membabitkan pelbagai faktor spesifik seperti alam sekitaran dan kesan perubahan kepada individu itu mengikut masa ketumbesaran.

Proses pengenalan jantina individu adalah di otak atau minda. Justeru, penetapan jantina seseorang itu hanya menjadi nyata apabila bahagian otak yang mempengaruhi penetapan satu-satu jantina mulai terbentuk dan berfungsi.

Sebagai contoh, bahagian ‘Hypothalamus’ dan ‘Pre-Optic Nucleus (PON) otak mengawal perilaku seksual dan bahagian ini lebih besar dalam otak lelaki daripada perempuan.

Nukleus’thestria Terminalis’(BSTc) untuk lelaki 44 peratus lebih besar daripada perempuan.

Transeksual lelaki ke perempuan mempunyai BSTc terbentuk dan bersaiz perempuan dan begitu juga sebaliknya. Perubahan ini dapat dikenali dengan ujian canggih melalui penyaringan dengan MRI.

Ini boleh menentukan sama ada Disforia Gender atau fenomena transeksual itu berlaku secara semula jadi dan bukan dibuat-buat oleh individu itu.

Pendekatan Perubatan

Sebahagian besar individu yang masuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan mengenai diri mereka daripada aspek identiti seksual. Mereka perlu menjalani bimbingan untuk mengenali diri dengan lebih dekat lagi, dan ini mungkin perkara awal yang perlu dilakukan.

Mereka juga perlu tahu perbezaan identiti seksual yang lain seperti homoseksual, transvertisme, fetishisme dan lain-lain supaya dapat menetapkan kedudukan mereka.

Perkara lain yang perlu diberi bimbingan ialah kemudahan untuk mereka yang inginkan penukaran jantina dan batasan undang-undang berkaitan identiti asas seperti kad pengenalan.

Perkara lain yang turut dibimbing termasuk juga penggunaan hormon seks seperti hormon kelelakian (Testosterone) dan hormone kewanitaan (Estrogen), selain pembedahan plastik sehingga perkara yang mungkin merungsingkan mereka daripada aspek kehidupan sosial.

Mereka yang sudah menjalani pelbagai bimbingan dan bantuan sosial dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan identiti fizikal dan suasana kehidupan yang mereka inginkan.

Dengan keadaan sedemikian, mereka boleh jadi individu yang dapat membangunkan negara seperti individu lain.

~NSTP~

kecelaruan manik n depresif

Kecelaruan Manik-Depresif (Kecelaruan Dwikutub)

kecelaruan ni bila seseorang itu mengalami perubahan pada perasaan atau emosi yang bercelaru di antara keadaan terlalu sedih (depresif) atau terlalu gembira (manik). Ia juga mungkin menunjukkan tanda-tanda psikosis seperti halusinasi dan delusi.

Tanda & gejala

Fasa Depresif (kemurungan)

  1. Gangguan perasaan
    • Rasa sedih yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
  2. Gangguan fungsi kognitif
    • berasa putus asa,tidak ada harapan masa depan.
    • berasa berdosa,diri tidak berguna ,tidak dapat ditolong lagi
    • fikiran ingin membunuh diri
    • hilang perasaan seronok
    • hilang penumpuan fikiran
    • hilang minat untuk melakukan sebarang aktiviti
  3. Tanda-tanda biologi / fizikal
    • Hilang selera makan
    • Turun berat badan
    • Gangguan tidur
    • Hilang nafsu seks
    • Gangguan perjalanan perdarahan bulanan bagi kaum wanita
    • Mudah berasa letih dan tidak bertenaga

Fasa Manik

  1. Gangguan perasaan
    • Berasa terlalu gembira dan sihat walafiat
  2. Berasa diri sendiri dipandang tinggi oleh orang laindan tinggi harga diri.
  3. Mudah berasa marah
  4. Kurang keperluan untuk tidur
  5. Lebih banyak bercakap dari biasa.
  6. Perhatian mudah berubah-ubah.
  7. Meningkat nafsu seks
  8. Boros dalam berbelanja


Rawatan
Penyakit manik depresif adalah satu penyakit mental yang boleh dirawat sepenuhnya.

  • Rawatan ubat-ubatan::
    • Ubat antidepressant digunakan semasa fasa depresif dan dibarhentikan semasa fasa manik.
    • Ubat antipsikotik digunakan untuk rawatan dikedua-dua fasa penyakit.
    • Sejenis ubat yang dipanggil "mood stabilizer" digunakan untuk mencegah perubahan perasaan yang terlalu cepat.

Semua ubat-ubat ini perlu diambil untuk jangkamasa yang panjang dan anda perlu mengambilnya sehinggalah dinasihatkan untuk berhenti oleh doktor anda.

  • Terapi psikologikal:

Ini termasuklah kaunseling dan psikoterapi yang membantu seseorang itu mengenali dan memahami dirinya sendiri, memahami penyakitnya dan mencari kemahiran dan teknik terbaik bagi menghadapi cabaran hidup individu

  • Kaunseling individu
    • Akan membantu anda memahami akan hal penyakit anda untuk membolehkan anda lebih bersedia untuk menangani penyakit anda. Ia juga membantu meningkatkan keyakinan dan jati diri anda.
  • Terapi Berkelompok
    • Ini melibatkan satu kumpulan orang-orang yang mempunyai masalah yang sama contohnya pesakit manik depresif menjalani sesi Kaunseling bersama-sama membincangkan pengalaman, masalah dan cara mereka menanganinya. Dengan cara ini mereka dapat belajar sesama sendiri dan saling memberi sokongan dan galakan.
  • Pendidikan kesihatan
    • Sesi belajar mengenai penyakit, rawatannya,cara mengenalinya dan langkah-langkah pencegahan supaya ianya tidak berulang kembali.
  • Terapi Keluarga
    • Membantu ahli-ahli keluarga yang hidup bersama pesakit manik depressif. menangani stress.


Pencegahan
Langkah-langkah mengurangkan stress.

Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan rehabilatasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.

Setiap Jabatan psikiatri disetiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda. Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan masyarakat.

Kumpulan Sokongan

  • KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)
  • MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)
  • Kumpulan-kumpulan Sokongan Keluarga di setiap negeri
sumber dari : http://www.myhealth.gov.my

kecelaruan otak

kecelaruan ini ikut perspektif penulis
Bagi aku banyak faktor yg boleh menyebabkan kecelaruan.. kesemua faktor ini mungkin berpunca dari diri sendiri mahu pun persekitaran. kadang kala otak kite berserabut tgk sampah sarap, bilik or rumah bersepah, terlalu banyak keje, membesor2kaan masalah yg kecik dan terlalu menyibuk pun boleh wat otak kite berserabut.

Bila dh berserabut mula la nk celaru otak. Banyak sgt benda yg nk d fkrkan.
So kt sini boleh la dilihat dan diteliti apa benda yg wat otak kita serabut??? adkh disebabkan bnyk keje??? busy body??? or btl2 busy??

CONTOH ->
mengambil contoh diri akulah..
masa dulu2 aku bercinta, aku nak perfect je, bila gewe aku ni wat silap ada je benda yang aku tak puas hati, lama-lama otak aku pun serabut, walhal mende 2 kecik je.. saje je nak dibesarkan. so kecelaruan aku disebabkan membesar-beasrkan masalah yang sekecil semut yang menyebabkan aku kecelaruan otak...


F
aktor kecelaruan pemikiran berpunca daripada banyak sebab, antaranya :
1) terlalu banyak berfikir

2) perasaan hasad dengki

3) dendam pada orang lain (cth xgirl frenz, xboy frenz, dll)

4) tiada matlamat hidup ( celaru coz tak tau nk tumpu yg mana)


cara mengatasinya:

1) berfikir apabila perlu, mksdnya tak pyh la nk fkr sampai pecah otak. buat la strategi untuk berfikir.
2) tak payah la nk dengki2 ni, cr jela kekuatan kite.. masing2 ada kekuatan dan kelebihan tak perlu la nk dengki dgn kelebihan org.

3) wat pe nk dendam2 ni... hati tak tenteram.. percayalah.. maafkanlah setiap orang yg wat slh pd kite.. insyaallah sejahtera hidup.
4) yg ni susah sikit nk pulih.. mintalah bantuan pada tuhanmu supaya disuluhkan jalan buat mu.. 5) rerajin la bersolat n berdoa ye...

Monday, August 3, 2009

MAKANAN LAGI N VISTANA LAGI

VISTANA dan aku tak dapat dipisahkan. minggu lepas sekali lagi aku melampiaskan kelaparan perutku di hotel ini.
Sebenarnya aku mendapat jemputan dari pengerusi Seminar Kesusasteraan Nusantara untuk membuat liputan perasmian seminar ini.
Aku akan ceritakan keseluruhan kerja aku sebagai seorang wartawan akhbar makmal (BERITA KAMPUS @ BK).

1) Aku hadir bersama dengan rakanku RUBY.. Dah la dtg lambat, malu gler, TNC Prof Omar Osman pun dah dtg.
2) Dgn muka setebal alam aku pun masuk la, dudk bhgn blkg, tetibe kena halau duk depan kurg asam.
3) Majlis bermula, apa lg kitaorg pn take picture la.. Part ni i like... Malu2 ahh aku tgkp gmbo. Bajet pro la duk dpn 2..
4) Makan-makan, makan makanan cina.. best..........................
5) Ucapan perasmian mesti dibesarkan telinga utk didengari dgn clearnya. part ni i dun like... ni aku tukang record je.. Ruby yg duk menyalin hehehe.
6) kami pun berambus dr kwsn lokasi dan pulg ke rumah.
7) tido,,,,,,,,,,

seminggu kemudian......... tindakan susulan kami...
1) baru tergedik2 ketuk story
2) 2 pun amik masa satu hari hahaha..

p/s : jgn amalkan tindakan seperti ini.