Juz About Me

Tuesday, April 28, 2009

family mai penang

MySpace
bestnye... balik ni aku balik naik kete (honda CRV) best woo.. selalu naek bas jew... sakit pale n kesejukan.. kali ni aku nek kete.. apa lagi macam tak faham je aku cmna angkut la segala benda yang boleh diangkutkan.. terkejut beruk la mereka.. barang-barang yang nak diangkut :

1) sebuah bagasi berjenama polo
2) sebuah beg notebook beserta notebook
3) sebuah kotak di penuhi buku
4) sebuah kotak stationery yang tak digunakan
5) dua pasang kasut berjenama voir n crocodile
6) sebuah bag purple dari vienna
7) maggi dan juga quaker chocolate

lengkap aku statekan benda2 yg nak diangkut.. harap mereka tidak terkezut.. mereka telah membuat tempahan hotel di seri malaysia kot aku pun tak sure.. hehehe best... jaga2 aku akan mencukai mereka..

mcm angkuh je aku bercerita taubat wei...

PERLIS

MySpace
Akhirnya aku dapat gak jejak kaki ke perlis (arau n Kangar)
aku duduk2 releks2 je kat sini sambil men tenet hehehe
tiada apa yang menarik pun juz melawat best friend aku je
tempat yang dilawati :
UiTM
1) tengok burung unta
2) tengok merak
3) tengok rusa
4) panjat academic heights
5) jalan2 nek moto
6) g tasik
7) dll
APA YANG LEBIH MENARIK :
MAKAN FREE!!!
tHANKS TO AMANAH AND HER HOUSEMATE MIN, NANA N MIZA

Wednesday, April 15, 2009

SELAMAT BERPECAH OTAK UNTUK FINAL

kepada RAKAN-RAKAN TAULAN... aku mengucapakan SELAMAT BERDEPAN, BERBELAKANG, BERKIRI, BERKANAN, BERATAS DAN BERBAWAH untuk EXAM

tiada idea

musim-musim exam ni aku agak tiada kesempatan untuk menghantar entry yang baru. jadi jangan mengharapkan entry yang baru akan muncul dalam blog aku ni.. terkadang aku merasakan macam tiada motif aku nak membuat blog ni.. nak cerita pasal diri sendiri macam syok sendiri plak. nak cerita pasal politik silap2 kene masuk tut tut tut.. camna ni.. tak pe aku fkr study tuk exam dulu baru la bergiataktif dalam penulisan blog.

Tuesday, April 7, 2009

B.U.K.U


Buku??? Semua orang tahu apa itu buku.
Selain guru, pensyarah, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan, buku adalah antara penyumbang terbesar dalam membentuk sahsiah kita (itu pun jika anda membaca buku la).
Kita boleh memantapkan ilmu dan menambah pengetahuan menerusi apa-apa jenis bacaan yang berguna.
Perlu diingatkan buku ada pelbagai jenis buku jadi anda perlu bijak memilih dalam pembacaan anda.
Manusia selalunya lebih tertarik untuk mengetahui hal berkaitan manusia lain.
Tidak salah sekiranya anda ingin membaca buku atau majalah hiburan.
Tetapi perlulah beringat-ingat hiburan hanya hiburan semata-mata, anda perlulah menyeimbangkan antara hiburan dan ilmu.

Thursday, April 2, 2009

TANDA KEMATIAN

TANDA 40 HARI
Tanda akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah
bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT
bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita....

Sahabat jahanam


Sahabat??? Apa yang anda tahu pasal sahabat?? Aku pasti kebanyakan daripada kita tahu apa itu makna sahabat..
Pada aku sahabat itu lebih dari seorang rakan seorang kawan mahu pun seorang konco..
Tetapi semua makna yang berangkaian dengan sahabat itu telah hilang sebaik kaki melangkah ke universiti.
Universiti medan untuk berjuang menggenggam segulung ijazah.
Namun aku tidak lagi segembira dahulu. Rakan hanya menggunakan diri ini tatkala susah bila dah senang tinggal begitu sahaja.
Kemana hilangnya rakan yang dahulu. Kemana?? Kemana perginya keikhlasan?? Kemana?? Akan adakah rakan yang akan menemaniku tatkala ku bersedih tatkala ku gembira??
Mengapa dunia universiti sekejam ini tidak menghiraukan sekelumit keikhlasan dalam persahabatan.
Yang ada hanya kerakusan manusia mengejar cita-cita duniawi.
Tidak kira kau bertudung labuh, berkopiah, tidak bertudung dan tidak berkopiah. Kau hanyalah insan biasa yang terkadang melakukan kesilapan.
Aku rindu akan sebuah persahabatan yang ikhlas menerima diri ini. Mungkinkah sahabat akan kembali sebelum aku menutup mata. Mungkinkah??
Masih ada waktu untukku menemui sahabat yang ikhlas?? masih??
Ahh semua itu hanya mampu berlegar di fikiran.
Fikiran yang akan mati bila sampai ajalnya.
Sahabat aku merindui setiap detik kita bersama.
Tidak kira kau siapa aku hanya merindui keikhlasanmu.

Wednesday, April 1, 2009

Iklan 3 : empayarku

Bertemu kita dalam segmen iklan bersama elle. Saya baru sahaja habis membaca blog hamba Allah ini. Walaupun blog dia masih baru tetapi banyak maklumat yang boleh dijadikan pengajaran buat kita sebagai manusia yang masih hidup. Blog ini menceritakan tentang kehidupan yang mana ia tak semudah yang kita sangka. Jangan lupa intai-intai blog http://hanajimi.blogspot.com/