Juz About Me

Thursday, April 2, 2009

Sahabat jahanam


Sahabat??? Apa yang anda tahu pasal sahabat?? Aku pasti kebanyakan daripada kita tahu apa itu makna sahabat..
Pada aku sahabat itu lebih dari seorang rakan seorang kawan mahu pun seorang konco..
Tetapi semua makna yang berangkaian dengan sahabat itu telah hilang sebaik kaki melangkah ke universiti.
Universiti medan untuk berjuang menggenggam segulung ijazah.
Namun aku tidak lagi segembira dahulu. Rakan hanya menggunakan diri ini tatkala susah bila dah senang tinggal begitu sahaja.
Kemana hilangnya rakan yang dahulu. Kemana?? Kemana perginya keikhlasan?? Kemana?? Akan adakah rakan yang akan menemaniku tatkala ku bersedih tatkala ku gembira??
Mengapa dunia universiti sekejam ini tidak menghiraukan sekelumit keikhlasan dalam persahabatan.
Yang ada hanya kerakusan manusia mengejar cita-cita duniawi.
Tidak kira kau bertudung labuh, berkopiah, tidak bertudung dan tidak berkopiah. Kau hanyalah insan biasa yang terkadang melakukan kesilapan.
Aku rindu akan sebuah persahabatan yang ikhlas menerima diri ini. Mungkinkah sahabat akan kembali sebelum aku menutup mata. Mungkinkah??
Masih ada waktu untukku menemui sahabat yang ikhlas?? masih??
Ahh semua itu hanya mampu berlegar di fikiran.
Fikiran yang akan mati bila sampai ajalnya.
Sahabat aku merindui setiap detik kita bersama.
Tidak kira kau siapa aku hanya merindui keikhlasanmu.

No comments:

Post a Comment