Juz About Me

Wednesday, December 2, 2009

akhirnya ikan ku bersalin juga...

katrina dah bersalin.. seronoknya.. sekarang nak tunggu nur amina bersalin plak,,, perut dah buncit tu... akhirnya adam jadi bapak juga.. aku lak over lebihkan,,

Sebenarnya ada 4 ekor ikan lg 1 nama die aidil,,, tp ikan ni dah mati huhu sekarang tinggal adam, katrina dan nur amina..

Anak die tak tau la aku berapa kan tapi yg aku kire2 ada 12 ekor,, wah baka baik ni,, seronok tgk ikan berenang2 ah,, hehehe,,

Aku pernah mengimpikan rumah di dasar lautan,, boleh menikmati keindahan dsar laut,, tapi bile tsunami datang nasib la kan,, mati terkangkang la dlam tu,,

ini la ank2 katrina n adam kecik je hitam2 lak tu

ni la mak bapak anak2 ikan tu,,


Renungan>>> korang pernah dgr tak nama ikan sebelah laut?? @ ikan sisa nabi?? @ lbh sintifiknya Pseudorhombus spp. / Achiroides spp. Ikan ni tergolong dlam ikan air masin n tawar. Ikan ni boleh didapati di negara ASEAN.

Sejarahnya ikan sebelah ini dikatakan dari sisa Nabi Sulaiman a.s tidak sempat menghabiskan ikan tersebut,, lalu baginda melepaskan semula ikan tersebut ke laut. Dengan kehendak Allah ikan tersebut yang hanya sebelah bdan dan mata hidup semula dan berenang kembali kelautan.

Ini adalah ikhtibar tentang wujudnya ikan sebelah dan bukti kekuasaan Allah,, kerana sehingga kini ikan sebelah sememangnya wujud..


~~~waallahualam~~~


by leida

Tuesday, December 1, 2009

SEMPOI COOKING

Hari ini nk hari sebelumnya sama saja.. Nak mkan kena la masakkan.. dengan kepakaran yang sedia ada ni aku pun memulakan langkah ke dapur untuk memasak..

Actually aku tak lah pro mana pun memasak a.k.a tak reti masak pun.. Tp dek sebab aku kebuluran maka mahu
atau tak aku kene la masakkan.. Aku memang tak suke makan kat kedai2 ni.. banyak ajinomoto..

Pada aku telur goreng sendiri pun dah kire sedap sangatlah rather than makan luar..
Jadi untuk hari ini aku ada 2 resepi yang nak dikongsi bersama korang. Menunya udang bersambal cincai boncai yang kedua sayur goreng manja2 je.


Cara memasak Udang Bersambal Cincai Boncai

Bahan2 :
A
bawang merah
bawang putih

cili merah / hijau

garam

B
udang

Cara2 memasak :
1)Tumbuk dengan mesra dan berhemah bahan A (klu utk mulut yg ramai kite perlu menggunakan pengisar, klu tak jenuh nak tumbuk, dlam situsai aku, aku tak tau la mana letakknya pengisar huhuhu)
2) Sila la panaskan minyak di kuali
3) Agak2 dah pns masukkan bahan A n gaul dengan jayanya serta sopan santun
4) Bila bahan A dah jd kawan karib masukkan la udang kedalamnya
5) Sedia untuk dihidangkan n dingap.


Cara2 memasak Sayur Goreng Manja2 Je
Bahan2 :
A
bawang merah
bawang putih
garam
ikan bilis

B
sawi
lobak merah
tomato

Cara2 memasak :
1) Bahan A korang masuk dalam lesung batu n tumbuk
2) Panaskan kuali n minyaknye jgn lupa lak
3) Dah agak2 panas tu masukkan bahan A tadi n gaulkan mereka hingga mesra n gumbira didalm kuali dengan erti kata lain sehingga wangi la hehehe
4) Dek kerana lobak tu keras korang masukkan lobak dulu la nk bg die lemah lembut (tak la patah gigi nak mkan) + masukkan air biar cepat lembut hehe
5) last masuk la sayur2 lain..
6) sedia dihidangkan

Monday, November 30, 2009

jalan2 di empangan...

di musim2 cuti sem ini sememangnya akan mendatangkan kebosanan di jiwa..
jadi terdapat banyak alternatif boleh dilakukan antaranya :
1) bercuti ( klu berwang la)
2) bekerja (klu memg sengkek)
3) lepak2 di rumah ( malas tahap hyper)
4) men tenet (mcm aku tgh wat skrg)
5) DLL byk benda boleh di buat...

dan aku memilih utk pergi bercuti di empangan belakang umah je huhuhu...
bajet takdalah,,, sedih... aku tak tau pun belakang umah ni ada empangan,,, kwn aku yang bwak.. katanya nama empangan ni EMPANGAN BATU..

empangan ni terletak di lembah kelang selangor.. ianya dibina atas sebab nak tampung keperluan penduduk di selangor dan KL. dah lama dah empangan ni dibina, masa penjajahan british di mana ia menampung 30,199 juta liter air.
pembinaan empangan ni ada kesannya, antaranya :
1) dapat bekalkan air kpd penduduk2 di kwsn tu
2) boleh kwl banjir
3) daya tarikan pelancong
4) sumber pendapatan penduduk ( leh bukak2 gerai klu ada pelancong)
5) merelease tensionkan otak dlm erti kata len beriadah
6) DLL

hehe seronokkan bukan hanya dapat melihat keindahan alam je di empangan ni tapi kite leh wat aktiviti yag menyeronokkan seperti berkelah, memancing dll..

tapikan ada benda yg tak sedap nk dgr lak.. ada org kata empangan ni la tempat org buang myat.. betul ke?? aku pun tak pasti.. mgkn ada kebenarannya, pembinaan empangan selalunya di kwsan bukit bukau jadi tempat ni sah2 la sunyikan.. lg senang org nak wat2 kerja dajal ni.. emm apa pun aku harapkan jangan la anda2 di luar sana wat keje tak senonoh ni.. huhu

ni antara pic2 yg aku capture masa di empangan batu :


pemandangan time tengahri buta kot hahaha ni aku curik kat google

pemandangan senja kala hahaha

ni pemandangan manusia kebosanan hahaha

maafkan aku


dh lama aku tak update blog ni... igt nak tukar tp syg la plak.. aku continue la blik blog ni memndg ramai yg dah brtnya nape tak post entry baru.. emm tak da mood nak post sebab fikiran tengah celaru.. ntah la nk kata ada mslh tp cam bukan mslah.. aish.. syok sendiri lak.. hehehe..
cmna ye aku nak share ngan korang.. actually wat masa sekarang ni aku tak da nafsu nak bercinta cinton ni.. jd sesape yg mengoffer diri nak jd pacar aku harap di postpone dulu la heehehe.. maaf la kekecawaan dlm ht ni lum sembuh2 tak tau la tahun bile nk sembuh kan..
g pn dgn usia aku skrg bukan songsuai nk bercinta cinton khwin je yg sesuai wakakaka.. gatal lak.. harap anda2 yg ada perasaan kat aku fhamilah situasi aku ni...
dan apa yg boleh aku katakan di sini MAAFKAN AKU sbb masih tak mampu menggenggam CINTA anda2 semua...

Friday, November 6, 2009

edit pic pun dapat duit tau


Orang stdy aku dok sibuk wat benda lain.. almaklum la bajet dah pro sangat la tu.. aku sedang mengedit2 pic ni.. klu korang nak tau edit2 pic ni boleh mendatangkan hasil yang lumayan tau.. nak2 lg klu korang ada software yang canggih manggih..
antara software yang aku tau la :
1) Adobe Photoshop
2) Adobe Indesign
3) ProShow Producer
4) Photoshine
5) Pagemaker

sume software di atas kire software yg old la yang terbaru2 ni aku tak ingat nama la.. tak susah nak guna software diatas, mereka2 tu sume mesra2 alam dan pengguna wakaka.. so jgn la takut2 nak guna.. wat pe susah payah nak hntr ke kedai wat sendiri pun boleh..
apa yang penting korang mesti ada :
1) Kreativiti infiniti
2) Idea melimpah ruah
3) Ketekunan melampau
4) Kesabaran menggunung

kalau korang ada elemen2 di atas Insyaallah boleh ke depan ke belakang, ke tepi kiri n kanan dan ke atas bawah (boleh go on la maksudnya)..

p/s : tips2 ini adalah pendapat aku sahaja, mau ikut atau tak suke hati korang la.. tiada paksaan.. hahaha

Wednesday, October 7, 2009

Jom cerita pasal FACEBOOK


Kawan2 tahukah anda??? hehehe tau apa ye??
Facebook, friendster, tagged dan sebagainya boleh menyebabkan ketagihan.

tunggu!!! jangan mudah melatah dengan kenyataan aku ni...

Ini hanya pendapat sahaja berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain.. hehee
Aku tak terkecuali menggunakan "social networking " ini, bukan apa mudah nak berhubung dengan kawan2.. Lagi pun bukan senang kita nak eratkan silaturrahim dengan kawan2.
ini jela cara yang ada untuk ketahui perkembangan lanjut pasal kawan2 betul tak..
Tapi ada gak keburukannya.. ketagihan..

Meh kita senaraikan kebaikan dan keburukan.

Kebaikan :

1) Dapat eratkan silaturrahim
2) mengetahui perkembangan rakan
3) kenal kawan baru

4) wat forum ( klu rajin la)


keburukan :
1) buang masa

2) ketagihan
3) melalaikan
4) merosakkan biji mata


aku dah senaraikan, sebenarnye banyak lagi... aku nak korang fikir sendirilah kan..
Semuanya bergantung kepada diri sendiri juga, bukannya salah Facebook, friendster, tagged dan sebagainya, tapi diri korang sendiri termasuk aku yang tak dapat nak kawal diri..

kalau buat timetable tuk belajar, tgk facebook, main game kan organize namanya..
jadi mulai saat ini korang kena la uruskan diri dan masa korang

p/s : Jangan over use sudah la hehehe

Tuesday, September 15, 2009

entry lama dah tak post

dah agk lama tak post entry baru.. kesibukan dan kemalasan membataskan langkahku menghantar entry baru.. jadi bersabar jela rakan-rakan ye..